Saturday, 23 April 2011

Rais: Rakyat harus bijak menilai siapa Anwar Ibrahim

BINTULU: Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim melenting terhadap wartawan menjadi barometer bahawa sahsiah beliau sebenarnya sahsiah yang dilakonkan pada masa-masa tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
“Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai pelbagai facet ataupun permukaan… yang karismatik pun ada, satu lagi yang tidak dikenali kita pun ada, kebengisannya pun jarang kita akui, tapi nyata telah dilahirkan terhadap media.
“Dengan cara itu, media sendiri dapat menghayati siapa Anwar sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio Bintulu FM di Studio RTM di sini, kelmarin.
Pada sidang media yang diadakan di Kuching Ahad lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu melenting terhadap wartawan ketika diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
Rais, yang diminta mengulas insiden itu, berharap agar rakyat sendiri boleh menilai parti pembangkang selepas insiden berkenaan.
Beliau berkata seseorang pemimpin tidak perlu menghalau orang ataupun menggunakan kata-kata kesat terhadap wartawan biar apapun laporan yang dibuat oleh media.
“Saya pun mempunyai saham dalam hal ini dan pengalaman saya adalah tidak perlu menggunakan kata-kata yang di luar dugaan ataupun di luar yang perlu kita nyatakan kepada umum,” katanya.
Ditanya sama ada insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri 16 April ini, beliau berkata ia terserah kepada rakyat.
“Sepatutnya rakyat terasa bahawa ini adalah sesuatu yang sebenarnya Anwar Ibrahim dan mereka harus tahu siapa beliau,” kata Rais yang yakin BN akan dapat memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya ini.(vlienews)

No comments:

Post a Comment